Welcome in site we and thank you Selamat datang saya alukan Kepada anda surfers budiman Di ISLAMIC kita diketemukan Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Saturday

Puasa enam terbaik - Tunaikan secara berasingan



Oleh ZUARIDA MOHYIN

MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.

Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Menjawab waktu yang terbaik untuk berpuasa enam, kata Wan Abdul Fatah secara amnya waktu untuk seseorang itu berpuasa enam ialah bermula pada 2 Syawal sehingga tamat Syawal.

"Namun berdasarkan pendapat para ulama, waktu yang terbaik, ialah memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Walau bagaimanapun, tidaklah disyaratkan berbuat demikian, bahkan tetap akan mendapat pahala sekiranya melakukannya pada hari-hari lain pada bulan Syawal," katanya yang terbaik puasa enam hendaklah dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj.

Menjelaskan beberapa salah faham yang sering kali wujud berkaitan puasa enam, akui beliau persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam di antaranya ialah; Adakah harus menggabungkan dua puasa, iaitu puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal? Manakah yang lebih afdal, sama ada digabungkan kedua-duanya ataupun dibuat berasingan?

Dalam hal ini, kata Wan Abdul Fatah, di kalangan para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;


i. Sudah cukup bagi seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran, sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

ii. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

iii. ada yang menyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal pada bulan Ramadan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain pada bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syawal.


"Sebenarnya, bagi mereka yang mengqada puasa pada bulan Syawal dan berniat melakukannya bersama puasa enam, sememangnya telah mendapat pahala. Namun pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang melakukannya secara berasingan, iaitu melakukan puasa qada terlebih dahulu. Setelah selesai qada, baru dilakukan pula puasa enam.

"Ini kerana kita berbalik kepada hadis yang dinyatakan sebelum ini, iaitu mereka berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal, menyamai puasa selama setahun.

"Kemudian diperjelaskan lagi oleh hadis yang lain, iaitu berpuasa sebulan Ramadan sama dengan sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan dua bulan. Maka gabungan antara kedua-duanya menyamai setahun.

"Tapi bagi mereka yang meninggalkan puasa, sekalipun kerana uzur syarie dan tidak cukup bilangan hari seperti yang dinyatakan di dalam hadis, iaitu sebulan Ramadan dan enam hari Syawal, sudah tentulah tidak menyamai mereka yang berpuasa cukup bagi bilangan tersebut.

"Maka yang terbaik dilaksanakan ialah secara berasingan," kata Wan Abdul Fatah ini kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah s.w.t., memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan, sebagai seorang hamba mencari keredhaan Allah.

Beliau turut mengambil contoh lain seperti solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dua pahala sekali gus, iaitu bersama pahala solat tahiyatul masjid. Namun ia tidak menyamai dengan mereka yang terlebih dahulu solat tahiyatul masjid kemudian solat berjemaah.

Manakala dalam kes-kes yang pernah berlaku, iaitu seseorang telah meninggalkan puasa Ramadan yang besar bilangannya sehingga Syawal tersebut tidak memberikan kesempatan untuknya melakukan dua puasa yang berasingan. Maka yang manakah patut diutamakan, sama ada qada atau puasa enam.?

Kata Wan Abdul Fatah, menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

"Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah s.w.t," tegas beliau jelas

Wednesday

upin n ipin

betul betul betul....
bila sebut nih je,, pasti kita akan terbayang 2 budak botak yang menjadi kesukaan ramai

tak kira kanak2 remaja orang tua, semua nye suke menonton

Galeri Foto Melayu.sg Photo Galleryupin dann Galeri Foto Melayu.sg Photo Galleryipin

apajadah nye saya buat post mengenai upin n ipin nih??
sebenarnya takde apa2 jadah pon, saja nak hilang kan bebrapa ketensenan yang melanda ini,, haha.. tensen apa lah tu ek?
disebab kan kita masih berada di mood raya., dan ramdhan pon baru berlalu,jadi untuk post kali ni saya tujukan khas untuk budak2 yang sebaya ngan upin n ipin yang rajin berpuasa, dan suka menonton upin dan ipin ni semoga mereka terhibur, kalau yang besau2 nak join ponn,, ok gak..
Galeri Foto Melayu.sg Photo Gallery


sebelum tu nak ucap mekasih pada
les'copaque dan tv9 yang sama2 menjayakan cite ni untuk hiburan kita semua.. kartun animasi malaysia yang berjaya menarik perhatian kita, bukan sekadar hiburan atau seronok2 tapi banyak mesej2 yang kita dapat melalui ini , jadi oleh itu. bla bla bla.. banyak lah plak aku nak bebel, ini lah masalah kalau orang yang bernama ciku.. membebel nih, memang hobi nya, tapi bukan setakat cerita ini kita tonton dalam tv aja.. tapi berbagai2 disediakan seperti web khusus untuk UPIN DAN IPIN begitu juga dengan berbagai2 PRODUCT yang dijual, tak kurang juga dengan FOROM2 mengenai nya dan ada disedia kan juga FREINDSTER nya. dan berbagai2 lagi..

jadi saya nak ajak menonton episod upin n ipin ni setelah setahun kemudian
jom same2 menonton..

episod 7 tadika (bca gaya upin tau.. )









episod 8(anak bulan)
episod 9(adat)
episod 10(tamak)
episod 11(lailatulqadar)
episod 12(kisah dan tauladan)
episod 13(sayang kak ros)
episod 14(ketupat)
episod 15(zakat fitrah)
episod 16(malam syahdu)
episod 17(pagi raya)
episod 18(berkat)

dah lihat?? kalau dah, mesti akan tengok sekali lagi, kalau yang belum tuuhh,, sila2 kan lah melihat nyeee



tak bis2 upin ipin,
apa yang best sangat cerita nihh??
moh kita baca apa sebab yang best sangat cerita nihh..

1. malaysia berjaya membuat 1 cerita kartun animasi yang sangat menarik dan cumill, yang turut bersaing dengan kartun2 omputih2 masa kini
di sebab kan kita orang malyisa, jadi sokong lah buatan malaysia
Galeri Foto Melayu.sg Photo Gallery

2. cerita yang bermenafaat, penuh dengan mesej2 kepada adik2, terutama nya,
daripada cerita batman, spongbob, mickey mouse, Simpsons,ninja turtle, robots, itu ini, ini, itu macam2 lagi lahh. yang kadang2 tak bermenafaat.. membuat kan anak masa kini lebih lasak dan masak, bila tonton aksi2 sebeginih, dan perangai nye,,
Galeri Foto Melayu.sg Photo Gallery menjadi tak keruan,,

3.bahasa2 yang sungguh cumil dan baik yang menjadi ikutan pada budak2 atau kakak2 budak, yang mana bahsa nye, tidak merisau kan mak ayah nya, bila anak2 mula sibuk mengikut nyeerrGaleri Foto Melayu.sg Photo Gallery


4.suara2 yang unik dan tersangat lah comel, bila mendengar nya,, membuat kan rasa, nak gigit aja, upin n ipin tuuhh.. lagi2 ipin..
Galeri Foto Melayu.sg Photo Gallery hehe..

5. kartun nya pon yang tersngat lah cute.. dan cumill..

6. memang dah cumil dah tak thu nak kata apa2.. huhu

7. akhir sekali upin dan ipin menjadi pilihan tontonan sekeluarga..

Galeri Foto Melayu.sg Photo GalleryGaleri Foto Melayu.sg Photo Gallery





Sunday

1 syawal

salam pada semua, selamat hari raya, eidul mubarak, hehe. ramai saya tengok blog kawan2 dah m'update blog mereka sempena syawal, cek aja yang belum2 updte.. huhu, maleh rasanyee, walaupun sekarag masih ada mood raya. (sebab baru seminggu kita beraya,) tapi apa yang saya nak citer kan nih, time 1 syawal, jadi kalau lama2 simpan pastu nak cerita,, munkin cerita tu akan jadi basi pulakk..

1.raya tahun nih. cam biasa lah.. hidup solo lagii.. ahakss,, kesitu lak aku nih.. haha
solo mmg solo. takde duet2, takde berkumpulan2.. hehe


2.dapat raya kat kampung johor
hehe semesti nyerr,, kalau tak raya kat johor, tak merasa raya lah den,, petang sebelum raya (hari selasa) dah balik sana, balik semula ke KL. pagi sabtu
huhu,, 4 hari ajaa..
tahun nih yang beraya kat umah nenek : keluarga kami dan keluarga cik en(adik umi)
pak long tengah hari 1 syawal tuh baru mai,
mak dah(kakk umi) raya kat terengganu n busu (adik umi) raya kat kampung isterinya..huhu
jadi tahun nih 2 keluarga aja lah beraya dengan nenek.. huhu.. keluarga kami pon tak ramai.
umi ada 5 adik beradik, sepupu ada 17 aja,, sikit kan?? hehe,, tapi sikit2 pon riuh cam ada 71 orang,, hehe, jadi bila ada 2 buah keluarga aja time malam raya tuh.. agak sunyi menyi sikit lahh.. masak untuk raya dah siap kan sebelum maghrib, malam tuhh aktiviti nye menonton..
hehe..


3.baju ghaye
cam basee,, pagi raya pakai baju raya jahit senirii,,
hehe, walaupon ada 2 baju lagi tak siap. tapi tetap hepi.. huhu
sebenar nya rasullah pon mengalakkan umat nya pakai baju di hari raya sebaik2 pakaian, bukan sebaru2 pakaian. janji kemas dan bersih. itu yang digalak kan
tapi kita, tiap2 raya mesti mencari baju baru, dah tu berpasang2, 3,4,5,6 pasang.. isyh2. bersederhana kan lebih bagus dan baik..


4.dapat raya ngan semua adik beradik..
wahh.. conok nyerr.. raya tahun nih semua ada, termsuk abang yang baru balik merantau, tapi..(ada tapi nya), sebenar nya dapat raya ngan semua adik beradik time raya kedua, coz kakk balik johor raya kedua, sebab dia raya umah mak mentuanya di pahang dulu,, hehe base lahh orang dah berumah tangga, mesti lah bergilir2 beraya, malam tuh kami sekeluarga dok sembang membang, cam base buke sejarah2 lama, abang pula membuat aktiviti lama yang dia dah lama tak membuatnya membuli adik2 nya.. aduiii.. mampir mati dibuat nyee..........


5.sesi bergambar
selepas semayang raya dan bermaaf2 an, ada pulak seesi gambar2..
(dah lama ooo,, tak wat camnihh)
huhu,, selalu nye lepas semayang raya pergi rumah keluarga di telok sengat kumpul semua adik beradik2 nenek kat sana. dan bermaaf2 an disana,
tapi tahun nih nak pecah kan tradisi tuh, huhu..

raya kedua baru keluarga kita orang p sana,
antara2 gambar yang di snap tika pagi raya :

haa.. ini lah beberapa gambar yang di snap oleh juru kamera yang terkemuka, ter ketangan.. hehe

6.dapat witwit raya
ni paling best..walaupun ra
sa nya dah tak layakk untuk mendapat nyaa,, ahakss.,
ceehh.. cakap aja tak layak, sebenar nya dalam hati mengharap..
nak tahu berapa mata wang nya??
dapat lah lebih kurang seratus lebih.. huhu

kalau nak tahu,, orang johor nih pemurah sikit dengan duit raya, tak tahu lah raya kat negeri lain, pemurah atau pemahal.
tapi yg saya tahu, orang johor ni kalau bagi duit raya, paling kurang duit raya yang diberi 5 ringgit,, tol ak orang johor?? paling kurang.. jadii,, kalau paling banyak?? hehe.. faham2 aja lah.. huhu


haa,, nak menunjuk nihh,
ni antara duit yang dapat, tak leh letak semua, kang ada plak yang meminta

7.dapat sepupu baru..
masa raya kedua kami g beraya rumah mak mentua busu, atau istilah lain besan nenek, hehe.. sambil tu menegok sepupu baru, mak busu selamat melahir kan puteri sulong nya pada 2 hari sebelum raya.. waahh, tak sabar2 budak tu nak kuar dari perut mak dia ek, nak sambut raya gak,
memang kecoh time mula2 menengok nyee,, maklum lah 11 tahun takde sepupu baru. jadi over dia terlebih sikit,, agak nya kalau baby tu leh bercakap mesti dia berkata : kecoh nye lah sedara2 aku nihh...
nama dia saya tak ingat laks,, panjang sangat.

tapi yang tahu ada tengah2 tu ada balqis. hehe,,
..dot dot.. balqis..dot dot... gtu lah nama nye. :)






8. g ziarah kubur atok dan sepupu.
sebelum pergi ziarah kubur, paklong ada wat majlis tahlil untuk atok n anak nya.
atok dah 12 tahun takde... :(
sepupu pulak baru meninggal pada tahun lepas, pada 19.10. umur nya 19 tahun.. ajal nih, kita memang tak tahu bila dia menjemput kita, tua atau muda.
sepupu saya meninggal time raya tahun lepas, masa raya jumpa dia tak menunjuk kan apa2 tanda. aleh2 4 hari lepas balik KL. terima panggilan dia dah takde akibat eksiden.. :(. memang tak caya..
tapi itu lah hakikat kita perlu terima.. ya allah singkat nya kehidupan ini..
alfatihah ................................

haaa.. itu baru cerita 1 hari raya,. belum lagi 30 hari punye cerita..
nanti next time sambung lagi,, untuk episod seterusnyaa
(itu pun kalau rajin nak mengupdte nyerr.. )

ok, selamat hari raya lagi.. dan selamat berpuasa 6.

Blogger template 'Purple Mania' by Ourblogtemplates.com 2008

Jump to TOP